BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text

Tuesday, July 7, 2009

PENDIDIKAN AWAL

PENDIDIKAN AWAL
‘Kanak-kanak adalah umpama simen basah dan setiap orang yang jatuh ke atasnya akan memberi kesan kepadanya.’- Beecher
Pendidikan awal bagi diri anak-anak adalah kehidupan di sekelilingnya. Gerak laku dan tutur kata ibu bapa serta orang-orang di sekelilingnya sentiasa di dalam pemerhatian anak-anak tanpa kita sedari.
Gaya didikan ibu bapa dan persekitaran rumah memainkan peranan penting dalam membentuk sikap awal anak-anak. Apa yang dilihat dan dipelajari di rumah dan di sekelilingnya akan menjadi panduan dalam hidupnya.
Nilai-nilai yang terbentuk sejak awal tidak mudah untuk diubah melainkan jika ibu bapa menerapkan nilai-nilai ini setiap hari secara konsisten melalui aktiviti harian biasa. Ibu bapa adalah pendidik pertama dan utama anak-anak. Tugas ini tidak boleh diambil alih oleh sesiapa pun.
Di dalam memastikan bahawa anak-anak menerapkan nilai-nilai yang baik di dalam hidup mereka. peranan ibu bapa adalah untuk mengawas mereka, dan bukannya mengawal. Pengawasan yang menyeluruh dan berhemah daripada ibu bapa boleh membantu anak-anak membina waja diri yang

0 comments:

Link

SILA laaa Komen kat sini....